Monday, August 26, 2013

Aku itu, Aku ini

Hari semakin berlalu,
Hati tak keruan, tidak semena,
Aku tidak menjadi aku,
Perasaan apa yang bermain di pandangan mata?


Alkisah tentang nama bernama 'aku'. Usia dah semakin lanjut tapi masih tak matang sepenuhnya. Kemudian, kawan cakap, "cuba la jadi matang!" and I felt so f*&k off! Aku lagi suka jadi diri aku sendiri tapi diri aku bergantung kepada siapa aku bergaul. Macam aku petik kat twitter aku "kita berada dunia yang berbeza. So, faham-faham je la kalau kita tak sehaluan."  Ramai juga kalau aku nak tujukan tweet tu untuk siapa. Well, siapa kisah?

Macam-macam juga berlaku dalam sem ni. tertekan tu sangat juga la. Aku nak kekalkan pointer tapi saingan dari sem lepas sentiasa ada. Aku tak nak jadi kain buruk yang dah jahanam terus di buang. Sebab aku berperangai begitu, mereka padang rendah kat aku. Tambahan, aku bukan sampah. "permintaan yang sama tapi layanan yang berbeza" terasa sangat weh. Aku ada sebab tersendiri.

Mereka ada kata aku pernah kentut semasa tidur. One of them said 'maksudnya banyak menipu' terasa woe. Mungkin kau benar, aku banyak menipu perasaan aku, aku banyak makan dalam. mungkin semua taktahu. siapa lah aku nak mereka tahu. Aku mengaku kadang-kadang aku cemburu tak semena. Jahatnya aku. Aku cuba kawal perasaan. Well, kami semua hidup di dunia yang berbeza.

Ada dikalangan mereka membuat spekulasi tentang aku. sayang, tak semua betul, girl. Kau masih belum kenal aku sepenuhnya. Jahatnya aku, aku sayang tapi aku hipokrit. Susah nak gambarkan dengan perkataan demi perkataan. then, 'silence is better'  Lagi dan lagi, aku masih lagi kecelaruan identiti dan sebab itu 'aku' bukan 'aku' lagi.

Mungkin kita tak sampai ke penghujung bersama.
Tapi aku ingin jadi yang terbaik dan berbakti.
Retak la wahai topeng bermuka seratus.
Tetapkan pendirian, tabahkan hati.

"Aku sayang mereka kerana Allah.
The Lion King | via Tumblr

Timeline Photos | via Facebook
If I could break this window and show the world who I am.

Tumblr

/Shannon/#317918 - Zerochan
Even my heart hurt so much, but I could not show it.
Pendam dalam.
Beautiful mess. | via Tumblr
Help me....
<3
Indeed.


~Cheerio. 

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda,
pendapat saya,
mungkin berbeza.

Pensyarah saya pernah berkata,
"Don't talk rubbish!"
Well, aku pun terasa. haha

Terima kasih, intan payung gergasi^^